Friday 19 August 2011

FusionExcel Quantum Flasks

FusionExcel Quantum Flasks diperbuat daripada Stainless Steel Flask berteknologi tinggi dari jepun dan digabungkan dengan Scalar Energy. Kajian-kajian R & D menunjukkan air yang telah dicas dengan tenaga halus dari Quantum Flask berupaya menstruktur semula molekul-molekul air. Pada keadaan biasa ( sebelum dicas dengan tenaga ) molekul air berkelompok menjadi kelompok-kelompok yang berlainan saiz., apabila kelompok ini didedah kepada tenaga ianya berpecah menjadi kelompok-kelompok yang kecil dan seragam dari segi saiz.. maka ia mudah diserap dengan pantas melalui mulut, sel-sel, dan perut. Apabila sel-sel menyerap air yang kaya dengan tenaga maka sel-sel akan menjadi aktif, ini disebabkan molekul-molekul air dalam sel bergetar pada kadar yang tinggi dalam sesaat. Molekul-molekul air sentiasa bergerak dan menolak diantara satu sama lain sebab ia mempunyai cas yang seimbang. Cas ini penting kerana ia merangsang untuk mempermudah dan membersihkan toksin dari tubuh. Selain itu, ia juga memperbaiki sistem perpeluhan dan mencegah pembiakan bakteria, melegakan kesakitan, meningkatkan kekuatan dan kesihatan, membantu mempercepatkan proses baikpulih sel, membantu menyeimbang keasidan tubuh dan membantu tidur dengan lebih baik.




Ciri-ciri air bertenaga

Air ditenagakan oleh kelalang ini bawa getaran-getaran tenaga halusyang meningkatkan biofield badanIni penting untuk kesihatan dan keadaan kesihatan seseorang.

Penggunaan

Hanya mengisi Quantum Flask dengan air minuman normalSebentar kemudian air akan memberikan tenaga dan bersedia untuk kegunaanAirdari Quantum Flask boleh jadi digunakan untuk membasuh luka-lukayang terbuka dan dijangkiti bahagian-bahagian kulitAir digunakan dalam cara ini membantu untuk melegakan kesakitan dan segera proses penyembuhan.

Faedah Kesihatan

Menambahkan tenaga
Memperkenalkan unclumping sel-sel
Bantuan meningkatkan edaran
Menambah sistem-sistem imun dan endokrin
Bantuan meningkatkan pemakanan selular dan penyahtoksikan
Ditingkatkan ketelapan selular
Bantuan mengurangkan keradangan
Melindungi DNA dari kerosakan
Bantuan akan melambatkan proses penuaan
Menguatkan rintangan bagi akibat dari tekanan
Menguatkan biofield badan mencegah ombak elektromagnet darimempengaruhi satu kesihatan
Peningkatan fokus dan tumpuan.

QUANTUM SCIENCE

Quantum Pendant FusionExcel diperbuat daripada mineral semula jadi yang terbakar dan dari segi struktur mengikat bersama di satu peringkat molekul. Ia menghasilkan tenaga skalar yang membantu untuk meningkatkan biofield badan. Quantum Pendant memperkenalkan aliran positif tenaga dan bantuan mengekalkan imbangan tenaga. Ia membantu untuk memulihkan tenaga yang telah menjadi lemah dalam badan.Dengan mengembalikan imbangan tenaga dalam badan. Selain itu, loket ini juga membantu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan.

Penggunaan

Tenaga skalar dari loket bekerja pada luar dan dalam badanTenaga yang ada pada luar skalar menambah biofield badanDengan ke dalam ia bekerja untuk memudahkan ketelapan sel dan dengan itu menambahvbanyak fungsi-fungsi fisiologikal sel-sel dalam badan.
Faedah Kesihatan



  • Mengurangkan keradangan
  • Memperkenalkan unclumping sel-sel
  • Menambah edaran
  • Menambah sistem-sistem imun dan endokrin
  • Berkeupayaan memusnahkan virus dan bakteria
  • Menambah pemakanan selular dan penyahtoksikan
  • Menambah ketelapan selular
  • Menambahkan tenaga
  • Bantuan menggalakkan tidur tenang
  • Bantuan melindungi DNA dari kerosakan
  • Bantuan melambatkan proses penuaan
  • Mengelak dari terkena penyakit kanser
  • Menguatkan rintangan akibat dari tekanan
  • Menguatkan biofield badan mencegah 
  • Mengurangkan gelombang elektromagnet dari mempengaruhi kesihatan
  • Peningkatan fokus dan tumpuan

Thursday 18 August 2011

TERDAPAT BEBERAPA KES YG DILIHAT DI DALAM FACEBOOK


Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.
3) Penyamaran


Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi frienddan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.


Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.


Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujuratdan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

PERKARA-PERKARA PENTING TENTANG MANDI WAJIB



Kajian dilakukan menunjukkan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajib nya. Saya kongsikan artikel ini agar ianya menjadi panduan buat semua. Silashare atau forward artikel ini kepada kawan-kawan yang lain. Kalau malas sangat nak baca semua, baca point-point penting yang saya highlight kan tu.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Cara Mandi wajib yang betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Point penting : Mandi wajib mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan iaitu BERDIRI dan MENCANGKUNG. Tujuannya ialah supaya AIR DAPAT DIRATAKAN PADA SELURUH ANGGOTA BADAN.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara ;
  • Pertama, niat.
  • Kedua , menghilangkan najis di badan.
  • Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Point penting : Niat mesti dibuat ketika mana air menyentuh mana-mana bahagian anggota badan. Jika terlambat niat, dia mesti berniat semula dan memastikan air diratakan keseluruh anggota badan selepas berniat.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Point penting : Pewarna menghalang air daripada sampai kepada rambut. Jadi, siapa yang warna rambutnya dengan pewarna (walaupun pewarna rambut itu ada sijil halal JAKIM), dia mesti buang pewarna itu dulu sebelum mandi wajib. Jika tidak, mandi wajibnya tidak sah.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu ;
  • kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
  • kerana keluar air mani
  • kerana mati
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu;
Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur. Itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Point penting : Selepas bersetubuh pada waktu malam, kalau malas mandi, ambil lah wudhu sebelum tidur. Hukumnya sunat, kalau tak ambil wudhu, jadi makruh. Namun, lepas bangun tidur, janganlah lupa untuk mandi wajib pula.

Sekian, semoga apa yang dikongsikan memberikan manfaat untuk semua.

CARA MEMBUAT COVER LETTER (RESUME)


  
KD 85, Kampong Langkap Ketior,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan


18 November 2011


The Personal Manager
Jabatan Kerja Raya
Daerah Kuala Kangsar
33000 Kuala Kangsar, Perak

Dear Sir


Application for the Post of Technician


I refer to your advertisement for the above post which was advertised in the star dated 17 November 2011.

I am interested in applying for the above position and I believe I have the qualification and experience you require. I have gone through industrial training in government departments namely jkr kuala kangsar. I have rather certificate in electrical engineering in ungku omar polytechnics. All the details and qualifications and experience are contained in my CV which is attached.

My experience in the field of work has given me the necessary exposureto make a valuable contribution in achieving your company’sobjective.

Since I have heard so much about your fast  growing company, I consider it a privilege to work with you. I hope you will grant me the opportunity for an interview to convince you of my suitability as technician in your in your company.


I look forward to hearing from you soon.


Yours faithfully

………………………
(Muhammad Hafizzudin B. Samsudin)

CONTOH SURAT PENGESAHAN PRAKTIKAL


PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA

PELAJAR
“Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………
Nama pelajar : ……………………………….
No . Pendaftaran : ……………………………………………
Tarikh : ……………………………………….

PEMERIKSA
“Saya akui bahawa saya telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.”
Tandatangan : …………………………………
Nama : ………………………………………
Cop jawatan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….

KOMEN/CADANGAN :
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...............................................................................................................................                                                          

CONTOH SURAT TOLAKAN LATIHAN INDUSTRI

MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN SAMSUDIN
KD 85,KAMPUNG LANGKAP KETIOR,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN


PEJABAT PENGURUS KAWASAN(KUALA KANGSAR)
BAHAGIAN PEMBAHAGIAN,
TENAGA NASIONAL BERHAD,
LOT 5135 JALAN SULTAN ISKANDAR SHAH,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.                                       03 NOVEMBER 2010


Tuan,Puan,

PERMOHONAN PEMBATALAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI 

Merujuk perkara di atas,dukacita dimaklumkan bahawa saya Muhammad Hafizzudin b Samsudin.pelajar daripada jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar ingin memohon pembatalan bagi menjalani latihan industri di TNB Kuala Kangsar.

Pembatalan untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya(JKR)

Hasrat saya untuk membuat pembatalan latihan industri di syarikat tuan bukanlah disebabkan saya tidak berminat untuk menjalani latihan industri di tempat tuan,puan,hal ini disebabkan saya telah dapat tawaran oleh pihak syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum surat dari syarikat tuan/puan sampai ke rumah saya.Ini membuatkan saya memilih  keputusan untuk mengambil syarikat tersebut menjadi tempat latihan industri.

Saya berharap agar permohonan bagi membatalkan tempat latihan industri di syarikat anda dapat diluluskan dan segala usaha dan kerjasama daripada pihak syarikat anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Yang benar
Hafizzudin

(MUHAMMAD HAFIZZUDIN B. SAMSUDIN)
Pelajar Politeknik Ungku Omar